Puisi-Puisi

Puisi oleh Mahasiswi Bitara
Tanjong Malim

Tajuk: Bermula Dari Jalan Itu

Di jalan itu…
Terlihat kelibat mereka,
Berpusu-pusu menantikan sesuatu..
Di jalan itu…
Ada di antara mereka,
Yang cuba mencari ruang dan peluang,
Untuk mendapatkan kebenaran…


Di jalan itu juga…
Pelbagai tafsiran mula dicipta,
Pelbagai tuduhan mula dilempar,
Pelbagai cerita yang keluar..


Walhal mereka sendiri  tidak pasti,
Benar atau salah…
Tulen atau palsu…
Fakta atau auta…
Mereka sendiri tidak pasti,
Apa yang berada dalam hati,
Yakin atau sangsi…


Yang pasti,
Kami lah mangsanya…
Terhadap semua perkhabaran yang keluar nanti…
Masyarakat luar mula membenci,
Mengkritik dan mencaci..
Pada mereka, 
Kami semua adalah sama…
Satu untuk semua,
Dan semua untuk satu…


Doa-doa sumbang mula kedengaran,
Semoga anak-anak mereka tidak dididik guru-guru jalanan…
Pedih hati ini rasanya tidak tertahan,
Keikhlasan untuk mendidik mula  dipersoalkan…


Bermula dari jalan itu,
Hari-hari kami berlalu begitu perih,
Kritikan dan tohmahan,
Tidak henti-henti dilemparkan,
Akhirnya kini, 
Segalanya sudah mula menjadi kebiasaan…


Puisi oleh Khairul Hasni
khairulhasni.blogspot.com

Tajuk: Negaraku Merdeka

Jangan dibuang tembikar lama,
Simpanlah untuk buat koleksi;
Pelbagai bangsa dan juga agama,
Hidup bersatu bertoleransi.

Segala janji hendaklah dikota,
Supaya urusan menjadi mudah;
Dunia menyanjung negara kita,
Kemajuannya terserlah sudah.

Sungguh masyhur negeri Melaka,
Lahirnya pahlawan gagah perkasa;
Negara kita aman merdeka,
Kedaulatannya kekalkanlah sentiasa.

Amalkan sentiasa ajaran guru,
Di dalam hati sematkan sentiasa;
Wahai rakan kami berseru,
Majukan negara setiap masa



Puisi oleh Chairil Anwar

Tajuk: Penerimaan


Kalau kau mau kuterima kau kembali
Dengan sepenuh hati

Aku masih tetap sendiri

Kutahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari sudah terbagi

Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani

Kalau kau mau kuterima kembali
Untukku sendiri tapi

Sedang dengan cermin aku enggan berbagi.

No comments:

Post a Comment