Karya Asli




Bangkit


Pagi,
Kicauan burung terdengar merdu,
Tersedar dari lena tidurku, 
Bangkitlah !!
Gema suara hatiku..


Ku celik mata,
Ku buka jendela,
Harumnya udara desa,
Udara yang tak dicemari kota,
Angin berbisik menyampaikan salam pagi,
Ku bersyukur..


Aku masih tercokoh,
Beratnya kaki melangkah,
Persiap diri mencari nafkah,
Jiwa anak muda,
Mudah mengalah, mudah berputus asa,
Getus suara malas,
Dek kerana bisikan iblis laknatullah.


Bangkit!!
Jangan kau malas! jangan kau alpa!
Kebiusan aku seketika,
Dek suara-suara kelesa,
Marcapada manusia merangkak menempa nama,
Jangan sekali kau lepa,
Bangkitla jiwa mengejar cita.


Biarpun berkecai tulang di badan,
Untuk mengalah tidak sekali,
Intihannya,
Tenaga pemuda,
Tenaga bererti.



ULASAN

Maksud nukilan asli di atas bertajuk "Bangkit" adalah tentang cara hidup orang muda masa kini. Ingin memiliki kehidupan yang senang tatapi mempunyai rasa malas. Mengisahkan kehidupan pemuda desa yang ingin mengubah kehidupannya. Perenggan pertama memberi maksud, beliau memaksa diri untuk bangun kerana melayan keasyikkan mimpi-mimpi yang indah seakan tidak mahu ianya berakhir. Namun dia memaksa dirinya untuk terus bangun. 

Manakala perenggan kedua menyatakan apa yang dialami setelah pemuda tersebut bangun dari tidur. Ianya juga menceritakan keadaan alam di desa, segar and menceriakan. Juga membandingkan suasana yang lebih baik dari kehidupan di bandar. Dalam perenggan ketiga, pemuda ini menyiapkan diri untuk pergi mencari rezeki, akan tetapi hawa nafsu mencabar untuk menghalangnya. Dalam perenggan yang sama, puisi ini juga menyebut peribadi pemuda masa kini agak lemah dan mudah menyerah kalah. 

Sekali lagi dalam perenggan keempat ia menyebut kemalasan menjadi punca penghalang untuk berjaya di dalam mana-mana bidang. Kata-kata semangat disebut berkali-kali untuk bangun dan tekad menjayakan diri. Puisi ini diakhiri dengan semangat orang muda yang kental dan tenaga pemuda boleh mangatasi segala cabaran.

No comments:

Post a Comment