Kesimpulan







Sebagai kesimpulannya, puisi tradisional pada masa kini semakin berubah mengikut arus peredaran zaman. Penggunaan bahasa klasik tidak lagi digunapakai pada masa kini, kerana telah digantikan dengan bahasa moden yang lebih senang difahami masyarakat masa kini. Masyarakat sekarang tidak ramai memahami dan mengguna bahasa klasik. Sebagai contoh, santap yang membawa maksud makan, beradu yang membawa maksud tidur dan bersiram yang membawa maksud mandi. 

Selain itu, ciri-ciri isu yang diketengahkan dalam puisi tradisional tidak sama seperti isu yang yang diketengahkan dalam puisi moden. Isu dalam puisi tradisional memfokuskan untuk ditujukan kepada masyarakat setempat. Manakala isu dalam puisi moden berfokuskan kepada isu global dan untuk dihayati oleh masyarakat sejagat. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi puisi tradisional semakin berubah corak penulisannya dalam dunia yang semakin moden ini.

No comments:

Post a Comment