Friday, July 31, 2015

Pengenalan

 


Puisi adalah bentuk karya sastera yang terikat oleh rima, ritme ataupun jumlah baris dalam bait, serta ditandai oleh bahasa padat. Puisi ialah bentuk pengucapan yang berirama, dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif dari seseorang penulis atau penyair. Edger Allan Poe berkata puisi sebagai ciptaan tentang sesuatu keindahan dalam bentuk berirama. Citarasa adalah unsur yang diutamakan. Manakala Edwin Arlington Robins pula berkata puisi adalah bahasa yang menyampaikan sesuatu reaksi emosi, sesuatu yang sukar hendak dinyatakan.


FUNGSI

Merupakan ungkapan perasaan-perasaan yang diungkapkan pengarang, dituangkan dengan kata-kata yang padat dan kaya makna. Menurut William Hendri Gustin, puisi merupakan ekspresi dari kehidupan yang memakai bahasa sebagai mediumnya atau apa yang dihayati itu diungkapkan. Sejalan dari pengertian puisi tersebut, hakikat puisi merupakan ekspresi tidak langsung, kegunaan puisi bersifat spiritual bagi kehidupan batin dan kejiwaan manusia. Lewat kehidupan ini, puisi mempengaruhi aktiviti kehidupan fisik manusia.


KEGUNAAN

Puisi selalu digunakan pada acara resmi dan acara keramaian. Ianya juga digunapakai di dalam acara keramaian seperti perkahwinan dan sebagainya. Manakala program pendidikan pula menggunakan puisi sebagai penghias acara. Lagu-lagu melayu tradisional and moden menjadikan puisi sebagai asas kepada penciptaan lirik lagu.